Fiske Steakhouse AU2 Keramat

Fiske Steakhouse AU2 Keramat
Jalan-Jalan Mencari mende nak makan..haha

Sunday, August 8, 2010

Restoran The Big Mug @ Uptown Shah Alam , Seksyen 24

Kedai ni berbentuk warung dan ada 2 cawangan sedia ada, satunya di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan yang lagi satu nye kat sini lah..

Terletak tak sampai 50 meter depan umah aku (sebab umah aku seblah jer pagar Uptown) Restoran ini menjadi tempat yang aku suka pergi tatkala balik lewat dan bini aku tak larat nak masak..




Kedai ini menyajikan makanan dari variety Thai, Western, dan juga Thai Fusion, Asam Pedas dan sebagainya.. kalau nak order nasik lemak ke, sate ke semua pon boleh.. nanti dia panggil jer brader gerai seblah .. takde hal punya..








Ini tanduk Baik punya..

Sebab nama Kedai dia The Big Mug, jadi sedia maklumla dengan saiz order air dia.. normal bermaksud gelas besau.. kalau untuk anak2 nak air milo ais ker ape.. dinasihatkan order sasiz small jer..






dari menu goreng-goreng sampai Ala-Carte.. semua pon ada yang baik ada yang kureng skit..


seperti diseblah ini Tomyam, Telur Dadar dan Ikan Siakap Stim.. memang sedap.. tapi kalau ada asam boi dalam masak stim tu.. kompem lagi sedap..

terlur Dadar dia pon sedap.. aku rasa dia campur tepung dalam bancuhan telur tu kot nak bagi rangup dan kembang skit..

yang ini siakap Stim.. harga dia dalam RM35.00












Bagi penggemar Jus Buahan.. yang ini memang best.. memang puas minum.. harga lak.. cuma RM2.50 secawan










Sebabkan anak aku sudah nak makan.. jadi kalau order aku selalunya mintak nasik goreng biasa x pedas.. (seperti dalam gambar..) tapi anak aku suka bagi kata dua .. dia akan kata " bagi nasik goreng pedas yer.. nak sayur sekali" padahal mana makan dia pedas2 nie.. ceh..

Nasik goreng biasa ada ayam, udang dan sotong.. sebenarnya lagi sedap dari nasik goreng USA yang aku biasa pesan sebab nasik dia digoreng fresh berbanding yang ada lauk lebih senang guna nasik goreng ready made

Nasik Goreng Daging Merah RM 4.50

Sos dia agak lite jadi tak pekat sangat.. just nice..\

daging liat sikit laa..








Nasik goreng USA.. cuma sama jer.. cuma ada telur.. hampeh tull...

harga .. RM5.50

Jadi.. rating keseluruhann..

Makan : 7/10
Hidangan : 7/10
Ambience : 8/10 (sebab kedai dia cantek skit dari kedai orang lain)

Kebersihan : 8/10

So saya bagi secara purata kedai ini.. 7/10

selamat mencuba

Bon Apetitte

1 comment:

  1. Apa ni? Saya pergi sendiri makan sana. Mintak spaghetti cabonara and grilled chicken chop. Dia bagi saya bolognese. Saya panggil dia balik cakap salah order ni sebab saya mintak cabonara. Dia amik pinggan saya, pergi belakang lepas tu datang balik dgn pinggan yg sama cakap spaghetti merah ni cabonara. Saya tunjuk dia cabonara dalam menu warna putih. Bolognese yg warna merah tu. Then dia terus cabut pergi masuk belakang biarkan bolognese tu dkt meja saya. Dah la lambat walaupun takde orang.

    ReplyDelete